Baca Bahagian I, Bahagian II, Bahagian III, Bahagian IV, Bahagian V, Bahagian VI & Bahagian VII di sini.
.
.
.
Sebagai menteri, Pak Pandir berfikir bagaimana untuk menjana ekonomi negeri. Dia teringat akan penerangan Lebai Pak Belalang kepada rakyat yang negeri mereka dikurniakan Tuhan banjir setakat paras dada itik sahaja pada setiap tahun.
Bagi Pak Pandir ini adalah satu peluang besar untuk meraih untung. Dia mencadangkan acara Pesta Monsoon diadakan setiap tahun. Paras banjir yang setakat dada itik sahaja setiap tahun adalah satu rezeki dari Tuhan.
Maka, pada bulan monsoon tahun itu, Pak Pandir merancang satu pesta besar-besaran di setiap pelusuk negeri. Ini termasuklah acara permainan air kanak-kanak dalam air banjir dengan hadiah yang besar dan mahal. Paras air banjir setakat dada itik tidak akan membahayakan nyawa kanak-kanak kecil dalam negeri.
Pesta Monsoon seperti yang dirancang Pak Pandir telah bermula dengan meriah. Acara dirasmikan oleh Lebai Pak Belalang dengan gilang-gemilang. Acara pesta tahunan ini diharapkan boleh menjadikan negeri lebih cemerlang gemilang dan terbilang di seantero dunia.
Setiap hari hujan turun dengan lebat tetapi paras air banjir tetap sama...setakat dada itik sahaja.
Rakyat bersyukur pada Tuhan dengan anugerah ajaib ini. Mereka berpendapat ini adalah berkat kealiman kepimpinan negeri yang dipimpin oleh Lebai Pak Belalang.
Acara Pesta terus berjalan dengan rancak, kanak-kanak di seluruh negeri amat riang-ria bermain air banjir dan hujan semakin turun dengan lebat seakan-akan merestui negeri mereka........
Bersambung di Hikayat Moden: Bahagian IX bulan hadapan…
No comments:
Post a Comment