---
Oh... wait...!
These three characters are from Malay hikayat stories.
I will be accused of blasphemy and insulting Malay culture if I ever suggested that these three walked into a bar.
I better start over.
Better yet, I will tell it in Bahasa.
(For my English speaking reader, you have to learn Bahasa if you want to read this).
Here goes again, in Bahasa...
.
.
.
---
Pada suatu hari, Mat Jenin, Pak Pandir dan Si Luncai singgah di satu warung untuk makan.
Mereka memilih satu meja di satu sudut warung dan duduk.
Mereka sebenarnya tiada duit untuk membayar harga makanan yang hendak dimakan tetapi mereka berasa sangat lapar.
Sebaik sahaja duduk, seorang pelayan datang untuk melayan mereka.
Sebelum sempat pelayan tersebut mengambil pesanan mereka, Mat Jenin, mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut kerana membawa pesanan mereka dengan begitu cepat. Mat Jenin memuji akan kesedapan makanan yang dihidangkan. Dia berkata yang dia akan makan apa yang pelayan itu telah hidangkan.
Tanpa menghiraukan wajah keliru pelayan tersebut, Mat Jenin terus berpura-pura makan seolah-olah dia sedang makan satu hidangan yang besar dan sangat sedap.
Pak Pandir yang melihat gelgat Mat Jenin yang sedang makan makanan "olok-olok" itu bertanya pada Mat Jenin,
"Mat Jenin, apa yang kau makan tu?"
Mat Jenin berhenti "makan" dan memandang pada Pak Pandir;
"Buta ke bodoh kau ni? Tak nampak ke yang aku sedng makan lobster bakar, pai labu karamel dan minum air coconut shake yand sedap ni?
Dah! Jangan ganngu aku makan. Aku lapar ni!"
Pak Pandir hanya menggelengkan kepala dia apabila mendengar jawapan Mat Jenin tersebut.
Dia hanya berfikir dalam hati.
"Makan sedap, tapi tak guna pinggan, sudu dan garpu. Pengotor!"
Lalu Pak Pandir memesan pada pelayan tersebut untuk membawa pinggan mangkuk dan gelas kosong.
Pelayan tersebut yang merasakan bahawa dia sedang di "prank" hanya melayan kerenah Pak pandir dan membawakan pingan mangkuk dan gelas kososng seperti yang diminta.
Pak Pandir berkata dengan suara yang tinggi seolah-olah membuat pengumuman yang dia pun akan makan benda yang sama seperti Mat Jenin. Pak Pandir pun terus makan makanan "olok-olok" yang sama seperti Mat Jenin.
Si Luncai yang melihat gelagat kedua-dua rakannya hanya mendiamkan diri.
Dia memberi isyarat kepada pelayan tersebut dan memesan satu pinggan nasi goreng kampung, pengat labu dan air kelapa muda.
Pelayan tersebut pergi membuat pesanan tersebut. Beberapa minit kemudian pesanan Si Luncai pun sampai dan dia makan masakan tersebut yang ringkas tapi sedap itu.
Setelah semua selesai makan, Si Luncai berkata pada rakan-rakannya.
"Walaupun aku makan sedikit dan ringkas sahaja, tapi sebab kita semua sahabat baik dan sejati, aku rela kita bahagi bil makanan kita samarata, bahagi tiga sahaja. Aku sangat gembira untuk belanja sahabat-sahabat ku makan makanan yang sedap. Apa pendapat kamu?"
Mat Jenin dan Pak Pandir yang terharu dengan kata-kata Si Luncai tersebut, bersetuju dengan cadangan Si Luncai.
Pelayan tersebut membawa bil tetapi disebabkan mereka tiada duit untuk membayar, tuan punya kedai itu memaksa mereka membuat kerja dapur dan buruh sebagai bayaran makanan mereka.
Si Luncai berkata kepada Mat Jenin dan Pak Pandir,
"Biarlah aku bersihkan meja dan pingan mangkuk yang banyak yang kita makan ini. Lagipun kerja bersihkan meja kat luar bawah panas terik mentari ini sangat tidak selesa. Aku tidak mahu kamu berdua berpanas terik di bawah matahari. Jadi aku akan bersihkan meja kita ni. Apa kata kamu berdua bersihkan bilik air dan basuh dapur di dalam yang lagi selesa dan ada aircond."
Mat Jenin dan Pak Pandir merasa terharu akan keprihatinan sahabat mereka Si Luncai dan bersetuju dengan cadangan tersebut.
Mat Jenin dan Pak Pandir pergi untuk membuat kerja-kerja tersebut.
Mat Jenin memandang timbunan pingan mangkuk yang perlu dibasuhnya. Dia cuba membayangkan bagaimanakah pingan mangkuk tersebut boleh dibasuh secara automatik.
Sementara itu, Pak Pandir merasakan cara terbaik untuk memastikan kebersihan kedai makan tersebut adalah dengan meruntuhkan tandas tersebut. Dia ada terbaca statistik yang pernah dikongsi di dalam group Whatsapp bahawa ramai pekerja restoran tidak membasuh tangan selepas selesai urusan mereka dalam tandas yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Pak Pandir merasakan jika tiada tandas, maka pekerja restoran tidak akan masuk tandas dan tangan mereka tidak akan kotor dan menyebabkan keracunan makanan. Maka dia pun memulakan kerja-kerja meruntuhkan tandas tersebut.
Sementara itu, Si Luncai menghabiskan sisa-sisa pengat labunya dan mengambil pinggan mangkuk dan gelas yang dia gunakan tadi lalu membawanya ke tempat membasuh. Dia melihat Mat Jenin sedang berangan-angan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Si Luncai senyap-senyap meletakkan pingan mangkuk tersebut di dalam sinki sebelum berlalu pergi dari situ meninggalkan Mat Jenin dan Pak pandir apabila tiada orang memandangnya.
Pengat labu Luncai. |
Bersambung di Hikayat Moden: Bahagian II bulan hadapan...
No comments:
Post a Comment