Tuesday, 30 June 2020

Hikayat Moden: Bahagian VI (Si Luncai dan Labunya)

Baca Bahagian I, Bahagian II, Bahagian III, Bahagian IV & Bahagian V di sini.
.
.
.
Si Luncai yang mempunyai sistem komputer cap Labu yang canggih (bukan cap 
Epal yang selalu berulat) telah menggodam sistem akaun negeri. Dia tahu yang 
Lebai Pak Belalang mengunakan duit negeri untuk tujuan yang tidak menguntungkan negeri.

Si Luncai sudah tahu akan hal ini sejak dari awal lagi; sebelum Pak Belalang mendapat gelaran Lebai lagi. Tetapi pada masa itu, Si Luncai masih lagi asyik "berenang dengan labunya". Bak kata pepatah "biarkan Si Luncai terjun dengan labunya". 

Jika dia membongkar hal ini pada masa ini, bukan Lebai Pak Belalang yang 
akan menjadi korban. Bahkan Si Luncai yang akan terkorban. Gelaran "Lebai" 
yang ada pada Lebai Pak Belalang adalah bagaikan satu perisai yang sukar 
untuk di atasi oleh hukum karma. 

Bagi rakyat jelata negeri, seorang yang bergelar Lebai tidak mungkin membuat kesalahan seperti ini. Mereka berfikir, pasti ada alasan kukuh yang berlandaskan agama yang rakyat jelata tidak faham tapi hanya alim ulamak yang faham. Hanya alim ulamak yang faham perkara-perkara sebegini yang rakyat jelata tidak faham. Apatah lagi jika jika kata-kata berbaur arabik campur melayu digembar-gemburkan untuk menjadi alasan dan penjelasan akan isu-isu seperti ini.

Maka menggaru-garulah kepala akan Si Luncai berfikir bagaimana hendak 
mendedahkan hal ini tanpa dia sendiri menjadi tohmahan masyarakat. Dia menggaru kepala sampailah kepalanya botak keguguran akibat garuannya.

Melalui komputer cab Labu yang dia ada, dia bertanya kepada Tok Guru Antara 
Jala. Tok Guru Antara Jala hanya memberi satu nasihat sahaja kepadanya.

Never argue with stupid people, they will drag you down to their level and 
then beat you with experience. 
-Mark Twain- 

(Tok Guru Antara Jala hanya pandai cakap Jawa Barat, nasib baik Si Luncai pandai baca Jawa Barat.)

Si Luncai tahu yang dia cerdik tapi berdasarkan nasihat Tok Guru Antara Jala 
ini, apabila seorang yang cerdik dan seorang yang bodoh bergaduh, yang
bodoh akan sentiasa menang. 

Si Luncai memutuskan hendak menyiasat akan kebenaran nasihat ini. 
Jika nasihat ini betul, maka untuk mengalahkan Lebai Pak Belalang, dia 
perlukan pertolongan seseorang yang lagi bodoh dari Lebai Pak Belalang.  

Tiba-tiba dia teringat akan kawan lamanya Pak Pandir...

Bersambung di Hikayat Moden: Bahagian VII bulan hadapan...


No comments:

Post a Comment