.
.
.
Sejak mendapat gelaran Lebai, Lebai Pak Belalang menambah pendapatan dengan memberi ceramah. Orang ramai menjemput Lebai Pak Belalang untuk memberi ceramah di sana sini walaupun dia hanyalah habis belajar setakat Darjah Enam sahaja; hanya kerana gelaran yang diberi manusia sekeliling. Apatah lagi dia mendapat gelaran tersebut sebelum bulan puasa.
Maka banyaklah undangan-undangan ceramah yang dia terima di bulan puasa ini. Selain dapat berbuka percuma, ada bayaran sampingan sebagai cenderahati memberi ceramah. Ada juga yang memberi derma kepada Lebai Pak Belalang dengan memasukkan duit terus ke dalam akaun Bank bijaN Lebai Pak Belalang tanpa pengetahuannya. "Rezeki bulan puasa dari penderma murah hati yang tidak diketahui", kata Lebai Pak Belalang, bila orang memberi komen akan hal ini.
![]() |
Locusts swarm. Photo credit nationalgeographic.com |
---
Penulis juga terpaksa memberhentikan sekejap ("pause") cerita ini di bulan puasa ini; sementara penulis memeriksa dalam buku-buku agama samada adakah berdosa atau tidak mengumpat seorang karakter personaliti fiksyen di bulan puasa ini, (apakah terbatal puasa penulis?), apatah lagi yang bergelar Lebai.
Bersambung di Hikayat Moden: Bahagian V bulan hadapan selepas Raya...